Monday, January 17, 2011

Bundle Update

Sane sini mencatit SC menu. Dalam forum KDO, kat blog & sebok berforum kat KDO online (facebook). Suka sangat sebab dapat share experience dengan kawan-kawan seangkatan. Kongsi resipi dll.. Tak de la rasa bosan sangat berdiet & makan benda yang sama setiap hari.

Dalam blog, menu terakhir dicatit sampai 11/01/2011.. Jadi SC nak update menu 12/01/2011 dan seterusnya.

Menu 12/01/2011 reinduction day 3

BF : Ayam goreng 1 ketul + telur rebus 1 1/2 biji + Lettuce
Snack : telur rebus 1 1/2 biji + lettuce
Lunch : Sup daging
Dinner : Pedal ayam masak cili + Bayam goreng

Menu 13/01/2010 reinduction day 4 (copied from KDO forum)
Dah banyak hari tak exercise. Bulan mengambang dan perut kejap2 sakit. Bila tak exercise ni, badan dah rasa sengal-sengal malas. Nak stat over bukan main liat..

Pagi semalam during Bfast, SC masak telur dadar + tuna. Kenapakah tekak ku ini susah betul nak terima tuna? ade 1 tin lagi ni.. Macam mane nak habiskan..

Tengahari pulak SC pi Giant, cari lauk mentah nak simpan dalam fridge. Beli ayam jugak..Huhu.. Pastu tapau KFC untuk lunch..

3 pieces chicken drumstick + ribs + ribs.. Makan isi kulit buang..BUTTT ade gak terambik kulit sebab teringin...

Lepas makan KFC, tengok dalam fridge ade lak Cheese Cake member.. Ehh..alahaiii ade bisikan di telinga soh makan & akhirnya SC termakan 2 sudu cheese cake tu dan automatik hancurlah ATKIN pada 13/11/2011..

Malam pulak SC goreng brocoli & cendawan tiram. Celup dengan telur pastu goreng. Agak berminyak la.. Memang xleh nak telan semua makanan tu.. Lebihan telur tu, SC goreng dengan ribs KFC baki makanan tengahari..Itu pun tak leh nak telan.

Dah mula la tekak ni buat hal susah nak accept food. Tak suka tak suka.. Makan la.Kata nak kurusss :'( :'( :'( 

14/01/2011

Dah takde sangat makanan nak makan untuk breakfast. Last2 bedal jugak sosej 3 batang. Dah akhir2 minggu, kepala pun dah kurang creative nak memasak. 

Tengahari SC beli kat kafe, ikan goreng 1 ekor & chicken wing 2 ketul. SC pelik sangat la orang Sandakan ni. Punya la banyak pilihan ikan kat sini, diorang tetap menjual ikan kembong kurus-kurus kat cafe. Deyy macha, yang korang jual ni untuk staff, bukan dewan makan student tahu tak. Kalau dewan makan memang logik lauknya begitu. Hairannnnn betul. Nak berniaga tapi tade creativiti memasak...

Malam pulak SC buat tumis brocoli dengan telur. Makan sayur lebih sikit sebab tengahari dah tak de sayur. Lauk kering semuanya.

15/01/2011

Hari Sabtu. Kerajinan untuk memasak timbul. SC amik Brocoli dan cauliflower. Pastu tambah sosej dan goreng semuanya. Agak2 dah lembut sayur mayur SC masuk sikit Whipped cream dan cream Cheese.. Ala2 alfredo punye resipi. Tambah sikit rosemary sebagai penambah perisa.. Dan hasilnya macam ni..


Dah settle breakfast, Lunch pulak.. Ayam masak lemak cili padi + osyter mushroom. Kerinduan dengan cendawan masak lemak cili padi kat R & R Seremban, jadi SC pun masak la lauk ni..
Malam pun telan lauk yang sama.. Senang!!

16/01/2011
Pagi Ahad makan masak lemak ayam tu jugak. Ade lebih lagi.. Tapi ade additional sayurr...

Keropok bayam. Agak terhangus sikit tapi tak pahit. So boleh telan lagi. Goreng guna tepung soya.

Hari Ahad ni jugak ade makanan tambahan. Suka-suka nak masak. Resipi dah lama tengok.. SC buat Egg muffin..



24 biji egg muffin tersedia pada hari ahad.. Banyak tu. Jenuh gak nak 

Malam SC makan ikan goreng cili dan bayam rebus... 

Sepanjang minggu ni, aktiviti exercise kurang. Bulan mengambang dan SC mengalami kesakitan perut. Harap2 boleh cover balik semua tu dalam minggu depan...

No comments:

Post a Comment