Friday, December 31, 2010

31/12/2010

Sebelum pape update menu semalam dulu...

BF (around 9.30 am after blood test) : Ayam KFC 3 ketul drumstick.. Kulit kasi caras..
SC dah lapar sesangat. Lepas wat blood test terus pi KFC n pi makan sana. Selesai ayam tu trus balik opis n kemas barang. Almaklum nak kene pindah pejabat
Lunch : Ayam goreng (drumstick jugak) 1 pcs + ayam masak ape tah (4 small pisces) + sayur pucuk paku
Ade makan free sebenarnya kat cafe sempena diorang last day kat situ. Lepas ni ade tender baru. Bila SC sampai kafe, semua makanan yang dihidang tak leh makan. Even sayur yang dimasak pun hitam semacam sebab ade kicap & sos tiram. Jadi SC trus stat kete pi carik kedai makan.
Dinner : Telur mata (2) + sausages (2) [leftover breakfast, atau sebenarnya makana breakfast yang tak diusik langsung sebab SC dan membaham KFC]

Exercise : JM 30 day shread.. 30 minit je pun.
Air : tak sure sampai tak 3000ml.. Huwaaa susah nak bakar lemak camni

Sekarang masa mengupdate cerita hari ini. I start my day dengan breakfast... Ikan tenggiri sambal.. (Sambal dibuang) + sausage 3 ketul + telur mata 2 biji 

Lepas tu dah plan2 nak masak untuk tengahari. Sejak semalam lagi dok browse resipi low carb pizza. Then jumpa ini LINK.. Maka SC mula la memotong kobis bunga sekecil mungkin menjadikan ianya seperti size nasi.

Selesai potong memotong.. Sesi masak memasak lak. Maka SC mula masak kobis tu sampai lembut.. Sambil-sambil tengok tv.. tangan tetap jalan hehe..

Dah sudah kobis terus gaulkan ngan telur dan cheese sebahai bahan untuk doh. Semua bahan ni pastu SC bakar dalam oven.. Sementara menunggu doh ni masak SC masak topping dia pulak. Memandangkan SC tak jumpa cari sos pizza yang low carb, makan SC cadang nak wat minced meat + cheese je sebagai topping.. Masak punya masak daging tu, tetiba oven bagi signal doh dah siap masak.. Sekali tengok hasilnya... 

Doh Pizza yang hangit... Alamak aiii macam mane ni...

Lepas tu SC letak topping & try bakar lagi sekali untuk lekatkan topping & doh... Tak jadi pulak... Ishh percubaan yang gagal.. Tapi tak pe la.. Seb baik bukan untuk hidang. Akhirnya Piza menjadi Lasagna hehehe.. Atau murtabak bak kata orang Melayu..

Ini dia murtabak ku...
Selesai masak tenghari & makan tengahari SC cadang nak keluar kejap pi potong rambut. Rambut dah panjang sangat. Susah nak urus plus kadang-kadng gugur. Lagipun kalau SC rasa nak exercise pepagi, dah busuk lak rambut nak pi keje (Exercise konon!!) hehe..Sekali ujan. 

Cancel plan tengahari. SC teruskan aktiviti membaca diary kat KDO... Mencari maklumat camne nak buat diet yang betul. Tengah-tengah baca tetiba...... Tup tup tertido.. Haiyaaa ni yang SC tak suka.. Kalau orang lain buat ATKIN kantoi sebab craving for sweets la.. rasa nak makan nasik la.. SC ni tido..!! Memang mengkantoikan diri secara sia-sia la.. Kau ingat berat ko leh turun ke kalo tido ha SC???

Tak leh jadi ni.. Bangun je tido SC tros gi mandi terus keluar pi potong rambut..
Ni hasil hari ni...

Sebelum ni rupa SC camgini...


Sesungguhnya cuti mengejut yang kerajaan bagi hari ni amat berbaloi2...

No comments:

Post a Comment