Friday, December 24, 2010

Dugaan Lagi

Sebenarnya keje opis berlambak. Dengan ISO here n there. ISO nak dating. Laporan MSK nak kene failkan. SKT lagi nak isi…Ohhh Ade lak masa nak menaip kat sini ekk… Apo la SC ni. Tapi lama dah SC tak mencatat perkembangan SC. Esok-esok bila SC nak review balik kan susah.

Semalam SC ade meeting. Sekarang ni kalau meeting dalaman memang takde minum-minum atau makan-makan. Tapi atas permintaan ramai, maka Tn. Pengerusi pun membelanja kami-kami ini Pizza Hut.. APE???? PIZZA HUT??? Huh… Dalam kelapa kepala SC dah pikir.. Jangan la diet ini jahanam kerana pizza itu. Mane leh makan. Sia-sia pengorbanan SC selama ni. Senang-senang je nak hancur kerana 1 pan pizza… Dah la SC yang kene order pizza tu.

Nak jadi cerita, dari kol 10 SC dok call pizza, manjang awek dalam tepon tu cakap “our call center is currently close” hahaha memang la. Dah sah-sah dia bukak kol 10.30. Tapi pengerusi SC dok remind.. “setiausaha..jangan lupa aa” Ishhh orang tahu la.. Jangan risau. Makan jugak ahli-ahli majlis ni nanti. Tak kebulur nye diorang..

Cuba punya cuba last-last dapat gak call Pizza. Dalam hati macam nak pedajal je diorang ni soh makan chicken wing. Sebab itu je SC boleh makan. Hahaha.. Tapi naluri baik SC dah bisik.. Jangan wat gitu.. Itu kan duit orang.. Bukan duit kau..hehehe baik la wahai hatiku. Negotiate punya negotiate ngan budak pizza tu.. siap cakap saya ade 10 orang.. dan budget bawah 100. Ape awak boleh bagi.

Ehh tak malu betol.. 10 orang tu siapakah?? Termasuk kau ka SC?? Hahaha wajibla SC masuk kira. Last-last sibudak pizaa suggest SC order 4 large pan pizza full stop!! Wahh 4 large pan tu pun ok. Banyak dah tu.  Pizzanya adalah Masala, Hawaian Chicken, dan 2 pepperoni. Motif amik pepperoni adalah supaya SC boleh makan topping nye. Kan banyak sausages. Hawaian chicken dah sah-sah tolak tepi sebab ade nenas manis. Masala SC tak tau ape ramuannya..

Lepas 45 minit maka sampaila makanan kami. Ohh Ya Allah.. Rezeki banyaknya.. Cuma fikiran je kene control. Napsu apetah lagi. Kalau hilang kawalan, memang boleh telan 3-4 keping rilex je.

Ini la rupa pizza itu. SC amik kat internet. Tak snap-snap picture kat bilik meeting. Profesional katakana.. kene jaga etika… Ehe..

Tengok la pizza itu. Tempting tak?? Dengan Cheese... Dengan sausages.. Lain-lain pizza tak yah upload la. wat keliur je tekak.. Dengan berat hari SC amik sekeping. Sekeping saja cukup la. SC makan pelan-pelan. Makan topping je. Roti tak makan. Bagus betul (ehh puji diri sendiri lak).

Pastu hari ni SC wat omelet. Rupa cam pepperoni pizza gak.. Ehe.. SC ni suka kan wat gitu... Saje nak hiburkan hati.. Lihatla dunia omelet ku ini....

Ala-ala je. Tapi sausage ganti ngan tomato, pastu tambah slice cheese sikit. Cheese tak cair macam pizza tu.. 

Ini la breakfast saya hari ini.. Semalam SC tak exercise pun. Badan rasa lemah semacam. Pagi ni ade tanda-tanda macam MrP. Tapi tatau la. Dia macam segan-segan lak.. Kejap ade kejap takde..


No comments:

Post a Comment