Thursday, December 16, 2010

Ehh...Kantoi la Pulak...

Diam tak diam, dah 4 hari SC buat Atkin. Tatau la ade perubahan berat ke tidak. Tunggu la sampai seminggu baru SC timbang. Setiap hari SC tulis apa makanan yang SC makan dan ape exercise yang SC buat. Tapi tak detail sangat lagi sebab tak pengiraan carbs setiap makanan yang diambil. Cuma tulis jenis makanan nye sahaja. Untuk 3 hari yang lepas makanan yang SC makan adalah seperti berikut :

1st Day induction :

Breakfast : Telur dadar + Cili padi + Cheese + Homemade Fish Ball + Meat Ball (stirr fry)

Lunch : Homemade Fish Ball + Meat ball (stiff Fry) + Tomatoes + Sup ikan belanak


Dinner : Kembong slice (SC amik bahagian isi je then perap dgn halia & bawang putih) Stir Fry + Sup ikan tengahhari tadi ade sikit lagi

Last but not least lots of warm water. SC minum air all the time. More than 3000ml 

2nd Day Induction

Breakfast : Telur dadar lagi (telur + cili ijau + cheese) + 2 sausages

Lunch : Ayam goreng 3 ketul

Dinner : Homemade fish & beef ball baked with cheese ( add some mayo & sos hot peri 
Nandos...SC tgk sos Nandos LowCarb!!)

3rd day Induction

Breakfast : Telur dadar lagi... Hehehe but this this I made it different sebab SC jadikan dia macam pizza... Actually SC terliur tengok housemate makan pizza malam sebelumnya, so pagi tu terdatang idea nak wat piza telur.. Boleh la.. Hilangkan kempunan. Gambar tak cantik sangat. Lupa nak snap masa dalam kuali.. It look marvelouss!!!


Lunch : Ayam..but SC tak tau masah ape.. Macam ade likat-likat. Maybe tepung jagung. So SC tak makan kuah dia. Makan ayam je cicah ngan Sos BBQ Life.. (LowCarb of course!!)



Dinner : Ikan caping slices baked with cheese.. Then SC serve with a bit mayo n sos BBQ Life. Tambah sebiji tomato.


Hari ni??

Hari ni SC breakfast dengan 2 keping chicken meatloaf dan 2 biji telur rebus. Dihidang bersama dengan mayo & sos BBQ Life...
Dah tu, ape yang kantoi?? Hehe actually hari ni ade meeting or bengkel untuk post moterm ape yang dah berlaku sepanjang tahun 2010. Bila lepas meeting wajib la ade makan free. Pada waktu pagi depa hidang nasi kuning dan air nescafe. So tempting. Dah lama rupanya SC tak makan nasi kuning... Nampak sedap lebih-lebih lagi dibalut dengan daun pisang... Tapi nafsu itu berjaya dikawal. Tea break at 1045 also SC dapat kawal nafsu dengan tidak pergi makan walaupun semasa menjengan SC nampak ade kuih karipap... KARIPAP hokehhhh!!! Faveret SC tu. Tapi SC set dalam kepala tak moo makan.. Ingat SC.. GEMUK ITU HODOH!!!...

Bila dah tengahari laparnya jangan cerita..Makanya pada waktu makan tengahari dihidangkan segala bagai mak nenek. Daging ala-ala rendang,  Ikan 3 rasa, sayur campur, sambal belacan, tomyam..Alahaiii memang dah lapar. Jadi SC dengan rasa berat hati amik la daging tu sesudu n ikan 3 sudu then makan. Manis ok ikan tu. Naik la balik gula dalam badan ni. Malam ni kalau nak makan. Hanya ikan sahaja dibenarkan keranan ikan 0g Carbs. Lain-lain kenot!!!

**Battery Enset SC low lak masa tu. Maka tak boleh nak snap gambar...

Ingat!!! Gemuk itu HODOH!!!

No comments:

Post a Comment